Cuba mahirkan tentang PA dan permudahkan Chart untuk kelihatan lebih simple. Saya berpendapat untuk TF 4 Hr terlalu banyak garisan support n resistance yang di lukis. Kita kena fokus pada significant PA (Peaks & Troughs).
Tiada specific berapa banyak kah horizontal line yang perlu di plotkan / dilukiskan pada Chart CSR. Semuanya bergantung kepada Significant Peaks & Troughs (PA). Dengan bahasa mudah Significant Support & Resistance.
Untuk sesuatu SETUP -------> Contohnya UPTREND------> pastikan PA mesti di mulakan dengan Low (L). Kemudian cari Significant Resistance yg pertama iaitu H (high). H mungkin hanya sekali RETEST atau mungkin 2 dan lebih RETEST. Lebih banyak RETEST menunjukkan lebih kuat Resistance tersebut. Sampai di Resistance yang kuat biasanya Price akan membuat RETRACEMENT lalu membentuk HL (higher low). Price akan cuba sekali lagi memecahkan Resitance dan sekiranya berjaya breakout biasanya ia akan membuat New High atau New Resistance iaitu HH (higher high). Breakout ini menunjukkan Trend semasa masih berterusan atau Valid. Jika Price gagal menembusi HH, biasanya ia akan membuat RETRACEMENT ke Resistance terdahulu (H). Resistance itu akan bertukar fungsi menjadi Support (RBS/ HL) . Inilah yang di namakan FENOMENA ROLE REVERSAL. Di sinilah masa terbaik untuk kita intai peluang memasuki post BUY di RBS (Resistance Become Support). Sebagai FILTER......di nasihatkan untuk enter POST pada 2nd RETEST di SBR. Sekiranya Price membuat RETRACEMENT tetapi tidak sampai ke garisan/zone RBS....let it be....maksudnya tiada SETUP CSR100 di situ. SL paling AFDAL di letakkan beberapa pips di bawah RBS 1st RETEST. Sekiranya ianya HIT SL......let it be....hanya minima LOSS aja.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar