Soalan?
" Terima kasih kepada master JGV menurunkan ilmu step by step. Walaupun dah biasa dengar SnR ni, tapi masih tak mendalami nyer sangat. Mungkin kena belajar bagaimana yg dikata BREAKOUT atau REVERSAL? Berapa pip baru benar2 Breakout or Revesal ni?? sbb di TF kecil pasti dah breakout tapi TF lebih besar masih belum dikata Breakout. Jadi mana satu kita nak ikut ya???begitu jugak kalau berlaku Revesal"
Jawapan dari Masta JGV100
Satu soalan yang cukup BAGUS. Dalam CSR100 tiada ISTILAH atau TERM "REVERSAL". Oleh itu sila abaikan ya. Sekiranya soalan anda adalah mengenai FENOMENA ROLE REVERSAL-----> SBR & RBS (rujuk pada chart yang saya post sebelum utk gambaran yg lebih jelas).
BREAKOUT pada setiap TF memang berbeza dengan TF yang lain. Anda hanya perlu FOKUS pada TF dimana anda membuat ANALISA. Selepas berjaya membuat BREAKOUT, Price itu mesti membuat Significant New Low (support) atau Significant New High (resistance) untuk di kira valid. TIADA SPECIFIC PIPS untuk mengatakan BREAKOUT telah berlaku. Anda juga tidak perlu merujuk TF lebih besar untu melihat BREAKOUT. Yang anda perlu rujuk di Tf lebih besar adalah TREND SEMASA. TRADE with Higher TF. Jangan salah faham disini. PASTIKAN anda dapat membezakan kedua2nya
PENTING:
BREAKOUT adalah petanda awal akan berlakunya FENOMENA ROLE REVERSAL. Dengan lain pekataan, TREND SEMASA masih berterusan. JADI kita perlu bersedia untuk intai peluang masuk POST jika price berjaya membuat "RETRACEMENT" sehingga ke garisan/zone BREAKOUT (SBR & RBS). Inilah yang di namakan TRADE with the TREND.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar